02 August 2010

Kopitiam Hai Peng

Add caption
Satu lagi daya tarikan yang terdapat di Bandar Chukai khususnya kepada penggemar kopi, iaitu Kedai Kopi HAI PENG. Bermula dengan kedai kayu beratap nipah pada tahun 1940. Kekal sehingga kini, malah pengasasnya masih hidup.Terletak di sudut persimpangan utama bandar Chukai, ia menjadi pusat pertemuan manusia dari timur dan barat-utara-selatan.Namanya dah sampai peringkat international.Aroma kopinya melegakan jiwa gundah dan menenang fikiran kusut.
Tak caya ? marilah..berkunjung ke Hai Peng.
p.s saya pun antara pengunjung setia..Jumpa disana  .

16 March 2010

Pangkalan Sungai Kemaman

Kemudahan jeti tepi Sungai Kemaman yang terdapat di Taman Pesiaran Bandar Cukai.Boleh duduk2 kat sini sambil melihat bot-bot nelayan berulang-alik.

Sungai Kemaman

Pemandangan indah Sungai Kemaman dari arah Taman Pesiaran Bandar Cukai.Sungai ini mengalir ke Laut Cina Selatan melalui muaranya di Kuala Kemaman.Dulu ada perkhidmatan bot penambang dari tempat ini ke Kuala Kemaman di seberang sungai.Sesuai untuk rekreasi sekeluarga khususnya aktiviti memancings ambil merasai hembusan angin yang mendamaikan.

Kemaman Yellow Town

Dulu tempat persinggahan bas ekspres, ada Kedai Makan Aznita di sini.Kini sebagai pusat perniagaan terunggul dengan adanya Kemaman Centre Point dan Casa Limbong.Sistem parking kenderaan yang efisen.Ada KFC,A&W,Piza Hut Public Bank,BSN,Agro Bank,Affin Bank,CIMB,KWSP dsb.Datanglah berkunjung ke Kemaman Yellow Town.

Taman Bandar Cukai

Dulu lebih dikenali sebagai Padang Astaka.Dataran Bandar Cukai kini dilengkapi dengan trek joging atau pejalan kaki serta pelbagai jenis peralatan senaman.Juga sebagai tapak ekspo dagangan dan pelbagai program agensi kerajaan.Di sebelahnya terdapat taman permainan kanak-kanak dan Perpustakaan Awam.Amat sesuai untuk rekreasi sekeluarga.Datanglah ke sini pada waktu pagi atau petang.

Pantai Monica Bay

Papan Tanda Pantai Teluk Mak Nik..budak2 muda lebih suka dengan nama Monica Bay.Sebagai jalan masuk ke Taman Geliga Pantai lokasi Sarabeach Home2stay.Sebelah kanan dari arah Kuantan melalui jalan ke Kuala Kemaman.Juga sebagai jalan masuk ke Kompleks INTAN Wilayah Timur.

15 March 2010

Landmark of Geliga

Masjid Besar Geliga..mercu tanda Geliga Kemaman.Hanya 500 meter dari Sarabeach Home2stay.Sebagai tempat persinggahan utama umat Islam yang dalam perjalanan secara berkeluarga atau rombongan.Lokasi di atas bukit sebelah kiri jalan jika dari Kuala Terengganu. Hanya 2 km sebelah kanan dari sempadan Pahang-Terengganu jika dari Kuantan.Lengkap dengan kemudahan sampingan seperti perpustakaan,dewan makan,kuarters dan rumah rehat.