16 March 2010

Pangkalan Sungai Kemaman

Kemudahan jeti tepi Sungai Kemaman yang terdapat di Taman Pesiaran Bandar Cukai.Boleh duduk2 kat sini sambil melihat bot-bot nelayan berulang-alik.

Sungai Kemaman

Pemandangan indah Sungai Kemaman dari arah Taman Pesiaran Bandar Cukai.Sungai ini mengalir ke Laut Cina Selatan melalui muaranya di Kuala Kemaman.Dulu ada perkhidmatan bot penambang dari tempat ini ke Kuala Kemaman di seberang sungai.Sesuai untuk rekreasi sekeluarga khususnya aktiviti memancings ambil merasai hembusan angin yang mendamaikan.

Kemaman Yellow Town

Dulu tempat persinggahan bas ekspres, ada Kedai Makan Aznita di sini.Kini sebagai pusat perniagaan terunggul dengan adanya Kemaman Centre Point dan Casa Limbong.Sistem parking kenderaan yang efisen.Ada KFC,A&W,Piza Hut Public Bank,BSN,Agro Bank,Affin Bank,CIMB,KWSP dsb.Datanglah berkunjung ke Kemaman Yellow Town.

Taman Bandar Cukai

Dulu lebih dikenali sebagai Padang Astaka.Dataran Bandar Cukai kini dilengkapi dengan trek joging atau pejalan kaki serta pelbagai jenis peralatan senaman.Juga sebagai tapak ekspo dagangan dan pelbagai program agensi kerajaan.Di sebelahnya terdapat taman permainan kanak-kanak dan Perpustakaan Awam.Amat sesuai untuk rekreasi sekeluarga.Datanglah ke sini pada waktu pagi atau petang.

Pantai Monica Bay

Papan Tanda Pantai Teluk Mak Nik..budak2 muda lebih suka dengan nama Monica Bay.Sebagai jalan masuk ke Taman Geliga Pantai lokasi Sarabeach Home2stay.Sebelah kanan dari arah Kuantan melalui jalan ke Kuala Kemaman.Juga sebagai jalan masuk ke Kompleks INTAN Wilayah Timur.

15 March 2010

Landmark of Geliga

Masjid Besar Geliga..mercu tanda Geliga Kemaman.Hanya 500 meter dari Sarabeach Home2stay.Sebagai tempat persinggahan utama umat Islam yang dalam perjalanan secara berkeluarga atau rombongan.Lokasi di atas bukit sebelah kiri jalan jika dari Kuala Terengganu. Hanya 2 km sebelah kanan dari sempadan Pahang-Terengganu jika dari Kuantan.Lengkap dengan kemudahan sampingan seperti perpustakaan,dewan makan,kuarters dan rumah rehat.

Pusat Jualan Hasil Laut Kuala Kemaman

Kedai Keropok Cap Tenggiri..sebuah kedai dalam deretan kedai yang menjual keropok lekor dan hasilan laut..Dari Sarabeach Home2stay lbhkurang 400 meter..dalam walking distance anda.Selamat bershopping keropok.

Dah Sampai Taman Geliga Pantai

Sampai dah...
Papan tanda Taman Geliga Pantai sebagai lokasi Sarabeach Home2stay.Selamat Datang.

Kejiranan Sarabeach Homestay

Bangunan Dato Mohd Noor (SMNY)
Ada Pasaraya Samamaju,Kedai Runcit Azlia,Restoran Baiduri,Kedai Gunting Rambut, Kedai Telekomunikasi dan Klinik Dr.Rabiah.Berjalan kaki pun sampai..dalam walking distance anda.Bersebelahan Stesen ESSO Geliga.

Landmark of Sarabeach Homestay

Stesen Minyak ESSO Geliga.
Lokasi stesen ni satu kilometer dari sempadan Pahang-Terengganu dari arah Kuantan,sebelah kanan lampu isyarat kedua bila masuk negeri Terengganu.Sarabeach Home2stay hanya 350 meter selari dengan stesen ini.

Institiut Tadbiran Awam Negara Wilayah Timur

Satu lagi mercu tanda Pantai Geliga di persekitaran Sarabeach Home2stay.INTAN Wilayah Timur sebagai pusat latihan membina kompetensi pegawai dan staf pelbagai agensi kerajaan Malaysia.Kalau nak menghantar anak atau saudara-mara temuduga atau berkursus kat sini, helo-helolah Sarabeach Home2stay

Pemandangan di Teluk MakNik

Barisan pohon Rhu menjulang tinggi mendominasi pemandangan indah di sini.Pondok teduhan tersedia untuk pengunjung berehat sambil menikmati hidangan dan berbual bersama keluarga atau rakan.Kebersihan kawasan perlu dijaga bila di sini.Lihat tong sampah tu..Gunakan Saya.

Abah..adik tak mau balik.

Kemudahan yang ada di Teluk MakNik.Hanya 400 m dari SARAbeach home2stay.Inilah benda yang menjadi igauan anak-anak. Pagi..petang..malam pun boleh bermain kat sini.Apa tunggu lagi..

03 March 2010

Kemaman Bandar Idaman -Zoo Mini


Pandangan pintu depan Mini Zoo Kemaman.
Satu destinasi menarik khususnya jika bersama anak-anak.
Boleh lihat bermacam jenis haiwan,boleh naik kereta api menjelajah seluruh kawasan zoo. Kolam mandi pun ada.
Jom ke Mini Zoo kite.

Kemaman Bandar Idaman -Zoo Mini


Taman Rekreasi Wilayah (Mini Zoo)
Dari Bandar Chukai melalui Jalan Mak Chili menuju ke arah/ sebelum Kelip2 Yak Yah dan Kg Ibok.Lbh kurang 20 minit berkreta dari Sarabeach Home2stay.Ada bayaran  masuk.

Kemaman Bandar Idaman -Kelip YakYah


Pandangan dekat Kelip2 Yak Yah.
Kemudahan awam ada seperti jeti,surau,tandas,pondok teduhan dll.
Tapi tandasnya tidak terjaga.Minta pihak berkenaan ambil cakna sikit pasal kebersihan tandas agar selari dengan slogan `negeri cantik budaya menarik`.

Kemaman Bandar Idaman 1


Kelip-Kelip Sungai Yak Yah.
Yakyah ni dulu kampung jalan mati.Masa dulu dari kg.Yakyah atau kg. Ibok,kalau nak pergi ke Bandar Chukai kena lalu ikut jalan Paman.Naik bas MARA.
Sekarang ni kalau nak ke Yakyah, lalu jalan Mak Chili.
Zaman dah berubah.

01 March 2010

Dalaman Master Bedroom-picture 2.


Dalam master bedroom pun ada tv.
Lampu tidur.

Sofa


Sofa yang selesa dan lasak.


Reception


Ruang santai di halaman rumah.


Dalaman Master Bedroom.




Katil master bedroom.

Sudut Inspirasi


Ruang santai.
Kalau nak cipta puisi..kat kerusi.
Kalau nak cipta lagu..bersandar kat tiang.


Dalaman Second Bedroom


Macam rumah anda juga.
Cukup selesa bagi membuai mimpi tidur anda.
Kalau ada anak,mereka tak nak balik rumah sendiri.
Anak kata..bilik tidur kat rumah sendiri berselerak.

Pandangan Dalaman


Macam rumah anda.
Ada sofa.

Jalan-Jalan Zoom In Malaysia

Kolam mandi pun ada.

Kolam mandi kanak2..mmm cukup meriah suara kanak2 menjerit keriangan bermain air. Abah dan mama pun boleh tumpang sekali.